Thursday, 22 December 2011

saya suka awak .












awak cakap awak suka saya .
saya cakap saya suka awak .




awak suka sebab awak tak bertepuk sebelah tangan .
saya pun happy sebab rupanya tangan kita bertepuk sama-sama . hee ~






kita texting dan texting .
lepas awak confess kat saya , awak jarang text saya .
maybe sebab awak tak tahu nak cakap apa kot .
tapi saya selalu tunggu awak text .
saya tahu awak bukan boyfriend mahupun bodyguard saya .




saya baru kenal awak , awak pun baru kenal saya .
tapi entah macam mana saya suka awak dan sebaliknya .






tapi sampai sekarang ..
saya tengok , awak macam tak sungguh je .
mungkin perasaan saya , tapi kan, entah lah .





bila saya saja buatbuat merajuk kat benda yang saya tahu benda kecil je ,
awak macam ambil ringan , awak anggap benda tu takde apa,
padahal saya saja nak test awak .






ni buktikan yang awak tak faham perasaan saya and awak tak boleh nak faham saya ,
tapi takpe , kita bukan ada apa-apa pun ,
nasib baik awak tak jadi boyfriend saya ,
kalau macamni lah awak layan saya ,
mahu saya makan dalam tiga-puluh-lima bulan .







saya bukan apa, , 
saya nak orang ambil kisah hidup saya ,
tak banyak saya minta , tapi bukanlah jadi busy body .




saya tahu saya tak perfect, awak pun sama ,
nanti bila dah ada hubungan sikit ,
bila appearance saya mula berubah macam katak puru ,
awak pergi macam tu tinggal kan saya ,
sebab tu saya paling takut benda ni ,
saya taknak benda ni jadi .





sebenarnya saya takut nak sayang orang ,
saya paling takut patah hati .







sebab tu saya susah nak suka orang ,
saya bukan cerewet , tapi saya memilih ,
saya pilih orang yang betulbetul ambil kisah 






saya bukan nak yang perfectionist ,
kalau boleh saya nak orang yang sempoi , sporting and caring je ,
paling penting dia kena faham saya .
saya bukan minta banyak pun .




saya harap awak faham macam mana rindunya saya bila awak cakap awak nak pergi .
saya rasa nak nangis bila fikir saya tak text awak untuk beberapa hari .
mungkin awak pergi , lepastu awak lupakan saya .





dalam dunia ni kan macammacam jenis lelaki .



saya akan start lupakan awak sebab saya tahu benda ni takkan ke mana .





selamat tinggal awak  = ')

Monday, 12 December 2011

kawan lama

THEY ARE THE GREATEST GIFT
















sometimes bila kita dah maju ke depan, kita kadangkadang ,

terlupa, sengaja lupa , takpun dilupakan .


bila kita dah masuk and migrate kat tempat lain , ramai orang kita jumpa, banyak ragam kita tengok .
migrating means kita kena, harus, pasti , wajib cari kawan dan berkawan .

tapi

bila dah syiokk sangat berkawan , yang lama kadangkadang dilupakan .
sebab mereka pun macam kita jugakk lahh kan .

tapi bila pusingpusingpusing , kadangkadang yang baru tak sebest yang lama ,
and walaupun yang baru tu best pun , best diaorang tak macam yang lama .
satu kepala dorang tuh tak sama macam yang lama . 


haha
macammacam lama dah aku sebut , penat pulak 


bila lepak dengan kawan lama , lagilagi kawan baik lama 
best dia , lagi best dari tidur empat-puluh-hari-empat-puluh-malam


cerita dia, takkan habis empat-puluh-tahun
and sedarsedar , masingmasing dah besar panjang 
sorang tu dah ada pakwe lah , sorang tu nak kahwinlah , beranaklah ,
cerai kawin cerai kawin lha , bagai lha


dorang pon macammacam dah berubah ,
 dari perangai budak yang sedut balik hingus ke dalam, 
sampai lah dorang dah reti lap hingus pakai tisu .
huh, rindu time tuh .


bila pikir pikir balik , kawan dulu sampai lah sekarang yang aku paling suka nak share cerita ,
kawan lama .


yupp, dengan dorang , apapun layan .
lepak tepi longkang pun layan .
actually , aku layan lepak ngan semua kawankawan aku .
tapi feel dia lain sikit .

kawan baik lama and yang baru , berbeza .
therefore, korang , janganlah lupa kawankawan lama korang , lagilagi bestfriend .
mesti diaorang teruja giler nak lepak ngan korang kan .


so, sometimes, we have to turn back and just look

kawankawan lama yang mematangkan kita sampai apa kita sekarang ;D
rindu korang !

Friday, 2 December 2011

worst day

TODAY IS ONE OF MY WORST DAY !
*means ada yang laen yang worst jugakk , mybe lagy worst kot !




Let's begin MY story .



alkisah pada jam 2.13 petang ,
si kawan ini mengajak diriku keluar ,
baiklah .
grungrenggrunggreng .
set , McD Damansara !!




jam 3.13 petang ,
bersiapsiap pakai underwear bagai sambil chatting ,
3.30 bergerak meninggalkan facebook ,
3.35 bergerak menuju kereta dan whosshhh ,
tiba di mcD .






tunggu, text, tunggu , text, tunggu , text dan text dan tunggu .
dan
tunggu lagi , text lagi , tunggu lagi  , text lagi, tunggu lagi , text lagi dan text lagi  dan tunggu lagi .






call masukk !



blahblahblahblahblahblahblahblahblahblahblah
*sambil keluar mcD 







wow , beznye , i salah mcD youhhhhh !!!




i mean , kami salah , ini salah kami .
bukan pekerja mcD mahupun orangorang yang bergelak ketawa di mcd .
mereka tidak berdosa !
-.-''





aku dengan badak yang slumber jalan sampai shell ,
mcd si kawan ni pon sebelah shell .




apa kes mcD nak buat semua branch dia dekat shell ?
kan aku dah malu , kan kan .



dah laa lama nak mampuih aku duduk buat muka bodoh sorangsorangg .
lepastu kuar takkan kembali pulakk tuhh .



tak pergi order apa pun ,
haishh , malumalumalu .
ramai pulakk tuh .




konon sambil cakap tepon , aku blah laaaaa , KONON je lahh .



lepastu call mak aku suh amek kat shell .
berpeluh gak lah sambil tunggu mak aku nak datang ,



si abang burger pulak asyik usha je .
ntahntah die ingt ape ntah kan .
macam kena tinggal balak tepi jalan je . kehkehkeh .




takpee, life must go on .
aku rasa nak penumbuk maut kawan aku tuh .



sri damansara ngan damansara damai , kan jauh tuuu ?


ape benda entah -.-







haaaa, ni lahh shell tu , bayangkan , aku yang dah penat meleleh air mata air tunggu kat sini , sorangsorang !!




MCD , SEMUA SALAH KAU .
LAGILAGI SEBELAH SHELL !





kau tau tak bangla kat shell tu asyik pandang aku ,
haaaaaaa ,
aku rasa nak lempang kirikanankanankiri je , haih .





xoxo,


NO VAMPIRE ALLOWED



Wednesday, 30 November 2011

kisahDongeng !




well, aku agree sesangat lah ngan lirik ni .
do human being sekarang ni , accept people by the way they are or by appearance huh ?


*musykill satttt






disebabkan beberapa human being ni , ramai orang yang rasa dirinya tak sempurna ,


rasa down..
takde keyakinan diri ..
feeling pathetic ..



bukan tak bagus dorang nak ubah diri dorang yang terkurang tu , tapi kan ,
KALAU lahh kan
KALAU lahh ......






can you guys accept all these people just the way they are ?


bolehh tak ?



yang gemuk mesti kurus ke ?
yang tak cantikk mesti pakai botox lapan-puloh-lima-dos ke ?




apa kata, accept !
belajar terima..

dengan seadanya .


kau tak boleh nak harapkan frog prince jadi prince , kan ?
in fairytale boleh lah jadi , in real life ?
adaa ?


people, bukak hati , jangan bukak mata je , okay ?


still waiting

well, yeah , still waiting .

aku tak sabar nak tunggu dia muncul kat facebook tapi entah tahun bilaa lahh nak muncul kan ? raya cina tahun depan ke apa ?

nak text dia? haloohhh , cuak lahh bebeh . macam syiook sendiri karaoke dalam bilik air  lah pulakk kan ?

tapii kita kan kawan ? tak salah kan ? tapi macam taknakk lah pulak , kau mana ingat orangg lain dahh . haha .

dari dulu sampai sekarang aku tunggu , bilalah durian nak gugur hempap kepala aku , biar berdarahdarah berliterliter , senang sikit nak lupa semua benda , lagilagii dia . haha .


oke lah , sebenarnya tgh duk buat kerja physics , tapi kan kan kan , tulisan macam ayam kena cekik , apa kes ?

tu yang malas nak buad tuhh , hha . takpee , cikgu tak kesah pon ... kott ?


heyy kau, aku tunggu kau . aku bukan nak takutkan kau , hee~



nahh , hamekk kaw, khas dari Sum41 untuukkk kau .

Saturday, 26 November 2011

mood : JAMBORI

ooo , Jambori ..
jambori , jambori ..
(haha, lagu yang paling aku anti time jambori , skang macam bez pulak dahh kan ? )




okay , fyi , aku pergi INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011 at KUALA TERENGGANU ;D
19th - 25th NOv wehhh .


tyme orang duk seboksebokk berjoli sakan packing barang , tyme tulahh , aku ngan 34 lagi makhluk Allah gerak g Terengganu . yayy ~.~"
dah takde masa nak nyesal dahh , meme aku hokk nokk gi weaa .



tapi kitaorang gerak awal lahh ,
(pengetua nak kitaorang attend PERASMIAN !! )
17th lahh kalo takk silap
(memangg takk silap pon )



1st macam nyesal ahh en , yelahh , dua hari dua malam duduk tercongok cari lipan kat tanah , haih ~
ape ke hal lahh , nasib baek toilet die hamekk kaw , besooo nak mampuih , bole bawak gajah mandi , haha .
japjapjap, lupa pulak nak story pasal kem dia .
kem dia dekat ngan pantai + airport . kirenye kitaorang nye campsite ni macam HOLIDAY lah konon ..
campsite ni memang khas dibina , dicipta, direka untuk PENGAKAP je .
sape2 yang murtad krs ke ape ke nak masuk pon boleh ;)
campsite die luas weh ! boleh buad kenduri kahwin 20 000 orang ahh agakagak .



1st day time sampai uhh , perghh , siap boleh golekgolek lagi tengahtengah tu .
yelahh, marhaenmarhaen semua takk jejak tanah kat situ lagi .
boleh bentang tikar , bentang carpet (azman lahh , cerdik gilaa bawak carpet, kitaorang lahh duk mnumpang )
sambil tu baringbaring tengok bintang .
pastu maen game goreng pisang , kena jogetlah , nyanyi lah , macammacam lahh~



start hari sabtu , semua bintang boleh tengok tapi takde lah golekgolek buad freestyle atas tanah tu .
khemah pulak alahaii , dah macam rumah setinggan je . dekat giler babe .
yelah , dah nama pun 10 000 ornag attend kan ? kalau aku booking sorangsorang laen lah kan .
tapi takpe , hidup mesti diteruskan ! *tetibe semangat sorangsorang




start tu , dah mula rasa seronok dah , aktiviti pon bez lah jugak . enjoy lah .
ni 1st time dalam 16 tahun aku hirup O2 , pergi jamboree ni wea .
aku rasa excited ah skit en . ingatkan macam camping yang rushing2 aku selalu pergi tuhh .
tapi..







ni..



























BEST GILA !!!!



haha, best lahh .
malammalam macam party je aku tengok . tapi lagu wajib dengar , lagu JAMBORI lahh .
bernanah telinga dengar , boleh mati wea .
everynight ada malam kebudayaan dari setiap negeri and negara .
japjapjap , ada 20 negara aww .
Indonesia, Singapore, Brunei, Kazakhstan, Egypt, Sri Lanka, Cambodia, Kemboja, Maldeves, Thailand, Phillipines
tu je lah yang ingat , yang lain lupa lahh . almaklumlah tyme kecikkecik tertelan semut . tak ingat lah pulak tertelan berapa ekor .

yang paling sporting Kazakhstan lahh . Cambodia pon sama .
Indonesia paling major lahh , banyak pulakk daerah dorang yang berhijrah .
dah lahh Indonesia kalah time lawan ngan Malaysia . tapi nasib baek lah takdee isu kepuakan mahupun warganegara samada yang masih hidup walaupun yang telah tiada dengan isu malaysia menang bola sepak ni . dorang terdiam agaknya lah kita dah menang , huhu, puas hati denn ..


mamat terengganu ni hensem gak en ? major lah , awekawek ganu pun lawalawa ;)


kalau nak cerita pasal bende alahh ni memang panjang berjela lahh , nanti lah sambung kan .
still in Jambori mood lahh . ni pengalaman yang bez lah bagi aku .
bagi manusiamanusia laen yang join jambori sekali taktauulahh , lantak p ahh depaaa .

Saturday, 17 September 2011

tujuhbelasseptember

yeah, harini 17.09 , nothing special , cuma aku jadi pengapit orang je *winkwink + muka teerkebil-kebil konon cute nak mati mintak pelempang doraemon . korang takde kan ? *bangga diri ni , astaghfirullahalazim . kenduri dia dekat ngan padang and dekat ngan rumah orang and kat atas jalan raya depan tuan punya rumah . pelamin semua dalam rumah tuan punya rumah jugak . nanti aku kahwin , insyaallah aku buat dekat dalam rumah aku and kenduri dekat atas jalan tar depan rumah aku yang dekat jugak dengan padang budakbudak buat onar . okay ?
korang faham kan ? bila dah summarize sikit, majlis ni di Taman Guru, Kuantan .


pengantin tu of coz bukan aku sebab aku berkerah tenaga tangan aku ni mengipasngipas orang walaupun hakikat sebenarnya aircond dah tercokoh kat situ . MOTIF ? aku pun taktahu, dah adat, kita pon ikot je lah . kalau aku, aku pun nak orang kipaskan aku nnti , tak kira ahh aku duduk dalam igloo ke hapee ke , skali seumur hidup je pon . nanti orang tanya aku "kau hadoo?" , aku nak jawab apa pulak kan , so , layan je lahh .



jap, minggu depan aku ada kem bersepadu@TANGO . kat pekan je haaa , nama glamer kan ? TANGO tu short form for Tanjung Gosong je . oke, dah tak glamer . kem ni semua form4 sbp pahang, i repeat PAHANG je yang terlibat, terbabit, dan tersabit . tiada kaitan bagi orang utara, selatan, mahupun korea selatan . so, tolong jangan frust tertonggek macam katak nak kena bedah sebab kitaorang nak bedah dorang tak lama lagi dalam LAB *geli lahh shial bedah katak. macam excited tapi macam malas .



esok aku nak jejakkan kaki pulak kat rumah , kat tempat asalnya air liur basi aku meleleh 2liter setiap malam . aku memang rajin buat peta geografi . sebab tu geografi aku A . aku nak tepuktepuk buntut kucing hitam aku yang tua tapi sexy mengancam meletup kebabooom tu . biar dia rasa sikit . yang tak bestnya , isnin KEMBALI PULANG . ke ?






SHAH PEKAN T.T




macam apabendaentah, dah lah homework taksiap lagi sebab aku malas nak buat . exam 2 minggu lagi . sungguh, aku pelajar yang amat cemerlang, gemilang, lagi terbilang . terharu betul ngan ayatayat ciptaan pak lah , "cemerlang,gemilang,terbilang" and aku one of it . -.-


dahlah, ngantuk makkk , i tidoqq dulu , goodnyte, Assalamualaikum .

Sunday, 4 September 2011

Tomorrow is Hell .

yes, betul . esok neraka . tapi neraka aku lambat sikit ahh . lambat sehari dari budakbudak SBP laen , hehh :D


walaupun aku ni dijelesi ramai , maksud aku , budakbudak sekolah ak dijelesi ramai kerana pulang lewat sehari , maksud aku , cuti free sehari sebab larian 1Malaysia haritu ahh . aku just nak cakap , actually nak nangis , *serupa keling dah aku cakap . aku taknak balik ! aku taknak sental baju atas sink ! aku taknak lineup nak iron baju ! aku tanak buad homework bawah torchlight after lights off ! aku tanakk ! but, padan muka aku lah kan ?


yeah, kehidupan seharian . schedule wajib buat . fuhh~~
aku bukan manja . jauh sekali . 45 batu jauhnya tau . take note that . aku just enggak bisa . malas mbak sebenarnya . homework ! yeah ! belambak macam gunung himalaya ! time nak balik baru nak buat kan ? aku memang pelajar cemerlang, gemilang, terbilang !


esok ! jauh perjalanan nak ke sana . rasa berat kaki . seberatberat kaki ni haa, berat lagi hati . rasa dah macam sauh kapal titanic dahh . haih , redha je lah kan , apaapapun, cuti seminggu ni sekejap . masa pusing cepat ke haaa ? tengoktengok tahun depan SPM . macam wadehell giler ahh .


oke lah, nak pegy melalak . baiiii .

Tuesday, 22 March 2011

Putih ke Biru ke Coklat ke Kurang Kaler ?

Tu merupakan title yang agak lawak bagi aku . bunyi macam tak puas hati je kan ? sila bertenang, aku bukan nak lempang mahupun menampar mana mana jejaka mahupun gadis serta mak atau pak orang disini . bak kata john Travolta or sape sape yang berkenaan, “not my style” . huhu . sila jangan saman aku mahupun mencaci maki hamun sesuka hati singa kejar kuda belang . okay ? mari ber-chill-chill-an minum air kosong.



Entri ni memang rasa macam sedap pulak . teringat kat chocolate MILKY BAR . yang biru tu blueberry lah kot . NyamNyamNyam .  okay, apa yang putih, hitam, biru , coklat ? apa lagi kalau bukan, warna kalianKalian . ya, bukan kaler baju mahupun seluar dalam korang . tapi warna kulit korang aka skin tone . korang warna apa ?



kalau korang kulit putih melepak macam sesiapa yang berkulit putih , sila tonggek kan bontot , biar Nampak hot and sexy ngan spicy sikit . tonggek skit je eh, jangan lebih lebih pulak . kang aku kena tangkap sebab suruh korang buat benda 18sx pulak , haih . tak sanggup eden menanggungnya . yang kulit putih , anda comel .



siapa pulak yang kurang kaler ? aku dengan bangganya angkat tangan kanan aku sambil terlompat-lompat macam beruk excited dapat makan pisang tepi jalan masa aku angkat tangan bila ustazah Tanya soalan agama pasal kerajaan khulafa ar-rasyidin . ceh, poyo pulakk, mana ada ustazah Tanya pun .okay, kurang kaler ni aku maksudkan yang tak berapa nak putih and tak berapa nak hitam . ni kiranya atas borderline lah, tengah-tengah . aku punya kaler memang cukupCukup zat kaler je . haaa, bagi yang kurang kaler, korang sememangnya comel macam aku sebab kita sama kaler kan ? I likeee . kita ada hormone yang centre lah, tak berat sebelah, haha



sekarang, siapa yang memang colourless, haaaaa ?? haih , sebok pulak si Edward Cullen nak angkat tangan . dah dah , kau memang colourless . colourless ni kiranya macam ni lah . putih melepak macam hantu cina ngan gelap gila macam papan blackboard . baik korang angkat kaki pulak . baru seksa aku tengok . colourless ni bukannya tak bagus, memang bagus lah . orang tak dapat detect dia, macam binatang yang tukar tukar kaler kulit tu haaa, apa eh nama dia ? tiba tiba macam terlupa pulak . haih, takpe lah, kira halalan toyyibah je ahh .



betul ke semua orang yang white skin tone dia lawa and cute? Yelah, dah putih kan ? malam malam buta pun orang Nampak . asal putih je mesti lawa and hensem kan ? macam mat salleh lah katakan . betul ke tu semua ? fakta ke ? maybe ye lah kot .* ni bukan statement takpuas hati, harap maklum .



bagi yang kurang kaler macam aku ni haaa, memang burukk rupa kah ktorang ? ktorang dapat zat seimbang tau . so, bagi aku, ada jugak orang yang sekaler ngan aku ni yang comel comel . Cuma itu lah, zat putih ngan zat coklat sama balance je . bagi yang colourless pulak, tiada rupakah mereka ? aku rasa ni fact yang terpelencong jauh ke selat sundra lah . SALAH . dorang-dorang yang colourless ni sebenarnya , ada yang lagi comel dari yang white skin tone . Cuma nasib diaorang macam tu . itu lah dia , kita manusia ada kelebihan and kekurangan kan ? jangan kau rasa kau over sudah lah kan . yang penting kita syukur dengan skin colour kita . nanti , kau takde langsung skin colour, jadi invisible man , kau nak ?  boleh kacau makcik jual goreng pisang tu , aww aww, I likeee 



ni semua statement jujur dari hati , tiada kaitan ngan hati korang sebab semuanya datang dari hati aku . kalau korang terasa macam feeling yang takk best bila baca, lantak korang lah . =D